Gila !!! Demi Keuntungan Politik, PAS Kedah Menipu Dalam Pembinaan 12 Masjid #SaveKedah
Pehhh.. Memang dah gila PAS Kedah ni. Sampaikan pembinaan Masjid pun nak menipu rakyat Kedah. Memang dah tahap kritikal kemunafikan PAS Kedah di dalam mentadbir Kerajaan Negeri.
Kalau
dah rasa tak malu untuk menipu rakyat sekali pun, PAS Kedah patut rasa
malu pada Allah S.W.T yang maha mengetahui akan perkara sebenar.
Baru-baru
ni Kerajaan Negeri pentadbiran PAS Kedah telah mengedar satu buku
laporan yang berjudul " Sayangi Kedah Sejahtera " bagi menerangkan
kepada rakyat yang kononnya apa yang tertulis dalam majalah berkenaan
merupakan hasil kejayaan PAS
Dari
maklumat dalaman yang di perolehi sebenarnya majalah berkenaan telah
mendapat tajaan penuh dari syarikat GLC Kerajaan Negeri, YIKED Holdings
SDN BHD.
Setelah
Pisau Kedah mentelaah satu persatu isi kandungan yang tercatat dalam
majalah berkenaan, ternyata kebanyakan yang di nyatakan kejayaan
pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sebenarnya telah di putar belit oleh
PAS Kedah untuk mendapat keuntungan politik di PRU 13 ini.
Dalam
isu pembinaan 12 Masjid di Kedah seperti yang tersenarai dalam gambar
di atas sejak tahun 2008 sehingga kini, Kerajaan Negeri pentadbiran PAS
Kedah tidak pernah menyumbang langsung kepada pembinaan Masjid tersebut
dan sebaliknya Kerajaan Persekutuan pentadbiran BN yang mengeluarkan
peruntukan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU ) Jabatan Perdana
Menteri membina ke semua Masjid berkenaan.
Sebagai
bukti, Pisau Kedah paparkan satu salinan surat kelulusan peruntukan
dari YAB DS Najib Razak kepada YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir yang di
salurkan melalui ICU sebanyak RM 1.460 Juta untuk membina satu Masjid
baru di Telaga Batu, Ayer Hitam Jerlun yang kononnya telah di bina oleh
Kerajaan PAS Kedah.
Jom
kita dengar penjelasan dari Dato' Mukhriz Tun Mahathir berkenaan
penipuan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS di dalam pembinaan Masjid Baru
Telaga Batu di kawasannya. Lepas ni akan menyusur lagi bukti-bukti
penipuan PAS Kedah di dalam pembinaan 11 lagi Masjid yang telah di bina
di Kedah.
Kedah di dalam menjadi pentadbir Kerajaan
Negeri selama sepenggal bermula 2008 sehinggalah kini.
Kalau
dalam isu pembinaan Masjid di Kedah pun PAS Kedah sanggup menipu,
apatah lagi dalam soal lain yang terkandung dalam buku laporan kejayaan
Kerajaan Negeri pentadbiran PAS Kedah.
Untuk
pengetahuan semua, lepas ni kita tunggu dan lihat bagaimana PAS Kedah
akan di bogelkan satu persatu tentang penipuan mereka dalam buku laporan
tersebut.
No comments:
Post a Comment